UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
ACADEMIC
YEAR 2015/2016 (A151)
COURSE
CODE: SADE1013
COURSE:
INTRODUCTION TO ENTERPRENEURSHIP
GROUP:
S
GROUP
ASSIGNMENT:
Analisis Video Kejayaan Pocari Sweat
GROUP
MEMBERS
NO
|
NAME
|
MATRIC NO
|
1.
|
CHEW JIN WEN
|
240259
|
2.
|
SANDRA TEO CHEW TI
|
239810
|
3.
|
TEOH HUI YING
|
238543
|
4.
|
AHMAD MUIZZUDIN BIN AHMAD SHUHAIMEE
|
239840
|
5.
|
BALQIS BINTI ABD BASIR
|
239875
|
6.
|
NOR ASHIKIN BINTI ABD RAHMAN
|
240306
|
7.
|
UMAWATHI A/P KISNAN
|
239790
|
COURSE
INSTRUCTOR: DR. DONNY ABDUL LATIEF POESPOWIDJOJO
Group
Assignment 2
Analisis
Video Kejayaan Pocari Sweat.
Ciri-ciri
Pengarah Otsuka Pharmaceutical serta anak buahnya yang membawa kepada
kegemilangan Pocari Sweat.
Pocari Sweat merupakan sejenis minuman kesihatan yang
dihasilkan oleh Syarikat Otsuka Pharmaceutical kepada penduduk Jepun.Berikut
merupakan ciri-ciri pengarah serta anak buahnya dalam mengendalikan syarikat
ini:
1. Kreatif
dan Inovatif.
- Kemampuan menghasilkan idea dan konsep baru
serta dapat diterjemahkan kepada produk yang boleh dikormersialkan. Mereka yang
mempunyai ciri ini sememangnya mempunyai banyak idea, unik dan dapat
menghasilkan produk baru. Agihiko (38 Tahun), Pengarah Otsuka Pharmaceutical mempunyai
idea untuk menghasilkan produk baru dalam bidang perubatan setelah memandangkan
kejayaan ayahnya. Beliau mempunyai idea untuk menciptakan minuman kesihatan
khususnya untuk mereka yang aktif bersukan dan aktif membuat kerja berat. Hal
ini demikian kerana apabila kita berpeluh, diri kita perlu minuman yang dapat
menghilangkan dahaga selain menggantikan cairan tubuh yang hilang.
2. Mengambil
inisiatif dan tanggungjawab diri.
- Merujuk kepada tabiat pekerja untuk
melaksanakan tanggungjawab tanpa dipaksa. Mereka akan bertanggungjawab terhadap
sikap, tingkahlaku dan perbuatan masing-masing. Contohnya, staf Otsuka
Pharmaceutical bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh
pengarahnya. Takaichi, seorang peneliti muda mempunyai inisiatif untuk
menciptakan air minuman kesihatan yang diinginkan oleh Agihiko.Takaichi tekun membuat ujikaji sauna bagi mendapatkan sample peluh dan sample itu pula dibawa
ke makmal untuk dianalisis bagi menghasilkan kadar gula dalam minuman berada di
bawah paras 10%.
3. Berani
mengambil risiko
- Bersedia untuk menghadapi sebarang kerugian
dalam sesuatu perniagaan. Secara teori, semakin tinggi sesuatu risiko, semakin
besar pulangannya. Agihiko, Pengarah Otsuka Pharmaceutical berani mengambil
risiko untuk menjual Pocari Sweat kepada orang ramai walaupun mendapat banyak
tanggapan negatif terhadap produk ini daripada pelanggan. Beliau telah
mengalami kerugian yang besar pada awal pengenalan produk pocari sweat tetapi
beliau sanggup mengambil risiko lagi dengan mengedarkan produk pocari sweat
secara percuma dan dalam jumlah tidak terbatas agar dapat diminum oleh setiap
orang dan di setiap tempat.
4. Dapat
melihat dan merebut peluang.
- Sesebuah syarikat perlu bijak dalam mencari dan
merebut peluang dalam penghasilan dan pemasaran produk syarikatnya. Walaupun
Encik Harima mencadangkan penghasilan minuman kesihatan pada masa yang agak
awal, namun Agihiko, Pengarah Otsuka Pharmaceutical menolaknya kerana beliau
menganggap pada masa itu bukanlah masa yang sesuai untuk penghasilan produk
tersebut. Setelah 3 tahun, Agihiko memanggil semula Encik Harima dan anak
buahnya untuk menyatakan hasratnya yang serius memandangkan sukan jogging sudah
mulai popular pada saat itu. Hal ini menunjukkan bahawa Agihiko sangat pandai
melihat dan merebut peluang yang terdapat di sekeliling persekitaran
perniagaan.
5. Kerajinan,
komitmen, keazaman dan ketabahan
- Ciri-ciri ini merupakan personality usahawanan
yang amat penting dalam pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan. Takaichi,
seorang peneliti muda di Otsuka Pharmaceutical telah menunjukkan ciri-ciri di
atas. Beliau tidak mengenal erti berputus asa malah terus cuba mencari solusi
untuk menghilangkan rasa pahit minuman yang beliau ciptakan. Walaupun hampir 3
tahun kajian yang dijalankan dan telah menghasilkan hampir 1000 jenis minuman,
namun beliau masih tidak berputus asa dan terus menerus mencuba. Beliau
mencampurkan beberapa jenis limau untuk mengurangkan rasa pahit dalam minuman
yang telah beliau hasilkan sebelum ini dan akhirnya beliau dapat menghasilkan
dua jenis minuman dengan kadar gula yang di bawah 10% iaitu 6.2% dan 7.0% untuk
uji cuba pada tahap akhir.
Rujukan
·
Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli
Mohd Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Ahmad
Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Shukri Bakar,
Shiza Sa’atar, Lily Julienti Abu Bakar & Habshah Bakar (2010).
Prinsip-prinsip Keusahaan (2nd ed.).
Informative post. Thanks for sharing.
回复删除Famous Entrepreneurs