2015年10月26日星期一



UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

ACADEMIC YEAR 2015/2016 (A151)
COURSE CODE: SADE1013
COURSE: INTRODUCTION TO ENTERPRENEURSHIP
GROUP: S
GROUP ASSIGNMENT:
INSTITUSI MALAYSIA YANG MENYOKONG PERUSAHAAN KECIL

GROUP MEMBERS
NO
NAME
MATRIC NO
1.
CHEW JIN WEN
240259
2.
SANDRA TEO CHEW TI
239810
3.
TEOH HUI YING
238543
4.
AHMAD MUIZZUDIN BIN AHMAD SHUHAIMEE
239840
5.
BALQIS BINTI ABD BASIR
239875
6.
NOR ASHIKIN BINTI ABD RAHMAN
240306
7.
UMAWATHI A/P KISNAN
239790


COURSE INSTRUCTOR: DR. DONNY ABDUL LATIEF POESPOWIDJOJO



Orang Terkaya Di Malaysia

1.  Tan Sri Robert Kuok
              Tan Sri Robert Kuok atau nama sebenar Robert Kuok Hock Nien, yang merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia yang mendapat termpat golongan orang terkaya. Menurut Forbes, nilai kekayaan beliau dianggarkan sebanyak $10.5 billion pada bulan Februari 2012, yang menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan kedua di peringkat Asia Tenggara. Menurut senarai Jutawan Dunia Forbes, kedudukannya adalah di tempat ke 76.
         Tan Sri Robert Kuok dikenali sebagai individu yang pemalu. Kebanyakan perniagaannya dipegang sendiri olehnya dan keluarga. Selain daripada perniagaan yang pelbagai di Malaysia, syarikatnya juga turut melakukan pelaburan dengan syarikat lain yang berada di seluruh Asia. Antara bisnes yang dijalankan oleh beliau ialah daripada penanaman tebu (Perlis Plantations Bhd ), perlombongan, minyak , bidang hartanah. Salah satu sumber kekayaan terbesar beliau ialah mempunyai kepentingan di Wilmar International, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia. Beliau juga merupakan pelajar Raffles Institution dan pelajar kolej English College Johore Bahru.
              Kuok telah dinobatkan antara lelaki terkaya di Asia Tenggara semenjak 2002. Beliau menceburkan diri dalam perusahaan gula. Ayah beliau, yang berasal dari Fujian, China datang ke Tanah Melayu (Malaysia) pada abad ke-20, yang pada ketika itu Robert merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang budak pejabat dan memulakan perniagaannya dengan sokongan saudara –maranya sendiri. Selepas menamatkan pelajarannya, Kuok bekerja sebagai seorang kerani di syarikat perusahaan beras milik konglomerat industri Jepun Mitsubishi Shoji Kaisha antara tahun 1942 hingga 1945. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi ketua bahagian perusahaan beras. Selepas mempelajari segala kemahiran yang dipelajarinya dari orang Jepun, Kuok pulang kepangkuan keluarganya di Johor.
            Hubungan antara Kuok dan Jepun berterusan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan (1957). Pada tahun 1959, Kuok menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. dengan kerjasama rakan kongsi Jepun yang terkenal pada ketika itu. Pada tahun 1961, Kuok melakukan “rampasan kuasa” dengan membeli gula murah dari negara India sebelum harganya melonjak naik. Kuok terus melabur dan melabur sehingga menguasai 80% pasaran gula di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 1.5 tan bersamaan 10% pengeluaran dunia sehingga beliau digelar “Raja Gula Asia”.
            Pada tahun 1971, Kuok mencipta sejarah membina hotel Shangri-La pertama di Singapura. Kemudian , beliau membina sebuah lagi hotel, Kowloon Shangri-La apabila beliau memperoleh petak tanah di tepi laut Tsim Sha Tsui East yang ditambak. Syarikat Kuok juga banyak melabur dalam banyak negara luar termasuk Singapura, Filipina, Thailand, Indonesia dan juga Australia. Perniagaannya di negara China antaranya 10 syarikat pembotolan Coca Cola dan mempunyai pemilikan daripada Pusat Dagangan Dunia Beijing.
            Pengaruh politiknya mula terserlah apabila beliau dipilih menjadi salah seorang Penasihat Hal Ehwal Hong Kong menjelang zaman kedaulatan Hong Kong. Salah satu sumbangan Tan Sri Robert Kuok ialah memberi sumbangan RM 100 juta kepada Universiti Xiamen kampus Malaysia yang merupakan university pertama China yang ditubuhkan di luar negara. Kuok menderma sebahagian kekayaannya bagi membantu pembinaan perpustakaan universiti tersebut yang merupakan bangunan utama universiti tersebut. Beliau juga terlibat dengan dengan penubuhan Bank Bumiputera Berhad bagi menarik penyertaan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

2. Tan Sri Ananda Krishnan

              Tan Sri Ananda Krishnan atau nama sebenar Tatparanandam Ananda Krishnan yang dilahirkan pada 1 April 1938 (77 tahun) merupakan seorang usahawan yang kedua terkaya di Malaysia    ( menurut majalah Forbes 2005 ) dengan kekayaan dianggarkan  sebanyak AS$4 bilion. Manakala di dunia, beliau mendapat tempat ke-138. Tan Sri Ananda Krishnan dilahirkan di Brickfields, Kuala Lumpur dan mendapat gelaran “India Kecil”. Beliau merupakan anak kepada keluarga berketurunan Tamil yang berasal dari Sri Lanka.
          Tan Sri Ananda Krishnan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil  Vivekananda di Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya memperoleh segulung ijazah dalam bidang Sains/Seni  daripada Universiti Melbourne manakala Master Pentadbiran Perniagaan Universiti Harvard. Beliau berkahwin dengan seorang wanita Thailand dan dikurniakan 3 orang anak ( 2 orang perempuan dan seorang lelaki).
            Tan Sri Ananda Krishnan mempunyai keistimewaan iaitu seorang yang cekap dan arif dalam menggunakan sesuatu teknologi baru dan canggih serta pandai merebut peluang yang muncul dihadapannya. Beliau juga turut banyak memberi sumbangan kepada Malaysia. Antara sumbangan beliau ialah syarikat yang berada di bawah pimpinannya seperti Syarikat Maxis Communications Berhad dan Measat Broadcast Network System telah mendermakan sejumlah wang sebanyak RM 160 juta kepada tabung dana pendidikan. Antaranya, Dana Harapan Nusa Bangsa yang ditubuhkan sendiri oleh beliau melalui Syarikat Usaha Tegas Sdn. Bhd. Dana Harapan Nusa Bangsa menjalankan projek seperti membantu para pelajar dari kalangan Bumiputera untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara melalui program berkembar antara university dan kolej swasta tempatan.
            Sumbangan lain ialah syarikat beliau turut memperuntukkan RM 5 juta kepada Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia. Manakala Tanjong Plc, Syarikat Maxis dan Measat bekerjasama memberi sumbangan sebanyak RM 10 juta kepada Univesiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Bagi pengurus dan golongan profesional Bumiputera, RM 5 juta telah diperuntukkan agar mereka dapat menyertai Program Pendidikan Eksekutif di Harvard Business School. Selain daripada itu, Usaha Tegas turut menubuhkan sebuah yayasan, iaitu Yayasan Yu Cai bagi menyemai dan membangunkan semangat dalam segala bidang. Yayasan ini turut memberi sumbangan sebanyak RM 5 juta bagi membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di UNITAR. Beliau juga turut telah Berjaya dalam beberapa projek, antaranya pembinaan KLCC antara syarikatnya, Usaha Tegas dan kerjasama PETRONAS. Selain itu, Maxis Communications telah menjadi sebuah syarikat telekomunikasi yang terbesar.
           


3. Tan Sri Dato’ Lim Kok Thay

          Tan Sri Lim Kok Thay telah memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Awam di University of London, United Kingdom. Beliau juga menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1979.
                  Beliau telah berpangkat sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Berhad, iaitu syarikat induk Kumpulan Genting, sebuah syarikat yang terlibat dalam pelbagai aktiviti. Pada tahun 1976, Tan Sri Lim Kok Thay telah dilantik sebagai Pengarah Genting Berhad. Kumpulan Genting yang diawasi oleh Lim Kok Thay telah meningkat daripada entiti tersenarai tertunggal kepada lima entiti tersenarai pada tahun 1971.
           Beliau juga memainkan peranan yang penting dalam pengantarabangsaan Kumpulan Genting dan memperkembangan projek kasinonya dengan luas, seperti Resort Kasino Burswood, Adelaide Casino, Lucayan Beach Resort dan Subic Bay Resort & Casino. Sejak April 1999, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Genting Plantations Berhad dan seterusnya memegang jawatan sebagai Presiden Genting Malaysia Berhad sejak November 2002. Hal ini kerana, beliau mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pembangunan kasino. Sejak November 2000, beliau merupakan sebagai Presiden Genting Hong Kong Limited kerana  mempunyai kemahiran dalam sekuriti Star Cruises.
               Disebabkan memiliki pelbagai kebolehan, beliau telah berjaya membina dan membuka Resort World Sentosa di Singapura dan tidak menggunakan masa yang lama resort Singapura telah dibuka secara beransur-ansur. Pada tahun 2003, beliau telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Resort World di Sentosa Pte Ltd, seterusnya menjadi Pengerusi Eksekutif Genting Singapura PLC pada tahun 2005. Pada tahun 2010, resort Singapura telah menjadi tempat yang terkenal untuk pelancongan iaitu mengandungi Asia Tenggara Universal Studios Singapura, 6 hotel bertema, Muzium Maritim Pengalaman Akuarium dan sebagainya.
                  Mashantucket Pequots, seorang Puak asli di Amerika telah dibantu oleh Lim Kok Thay untuk mewujudkan Foxwoods Resorts Casino di Connecticut pada tahun 1990. Melalui bantuan tersebut, Foxwoods Resort Casino telah menjadi kasino yang terbesar di Amerika dengan 340,000 kaki persegi ruang lantai.
              Selepas usaha yang dilakukan oleh Tan Sri Dato’ Lim Kok Thay, hal ini telah menyebabkan kehadiran Kumpulan Genting telah dikembang ke United Kingdom pada tahun 2005. Pada  hari ini, United Kingdom sudah mempunyai sebanyak 43 kasino, seterusnya Genting UK PLC telah menjadi pengendali kasino yang terbesar.

4. Tan Sri Quek Leng Chan

                 Tan Sri Quek Leng Chan telah melahir pada tahun 1941. Beliau belajar di Victoria School di Singapura dan mempunyai kelulusan sebagai Undang-Undang Barrister daripada Middle Temple, United Kingdom. Selepas pengijazahan, beliau telah bekerja di syarikat ayahnya. Hal ini menyebabkan beliau mempunyai pengalaman perniagaan yang luas dalam pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan dalam pembuatan, kewangan, dan hartanah.
                   Pencapaian beliau adalah berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif Hong Leong Industries Berhad, Hume Industries (Malaysia) Berhad, Hong Leong Financial Group Berhad, GuocoLand (Malaysia) Berhad, Camerlin Group Berhad serta Pengerusi Hong Leong Bank Berhad, Hong Leong Assurance Berhad, HLG Capital Berhad,  Hong Leong Islamic Bank Berhad, Yayasan Hong Leong dan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Company (Malaysia) Berhad.
               Pada masa kini, Hong Leong telah berjaya menjadi salah satu kumpulan kewangan syarikat Cina terbesar Asia. Beliau telah memperluaskan perniagaannya ke serantau Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Selain itu, Kumpulan Hong Leong sudah menjadi sebagai tanda perusahaan perniagaan di Singapura.

5. Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow
                 Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow (85 tahun) merupakan pengasas dan pengerusi bagi Public Bank Berhad. Beliau telah berlahir di Singapura pada 14 Mac 1930. Beliau belajar di Anglo-Chinese School di Singapura semasa sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada tahun 1965, beliau berkahwin dengan Puan Sri Tay Sock Noy dan mereka telah melahirkan 4 anak- tiga anak perempuan dan satu anak lelaki.
               Tan Sri Dato' Seri Dr. Teh Hong Piow memulakan kerjaya dalam bidang perbankan pada tahun 1950 iaitu bekerja sebagai kerani bank di Overseas-Chinese Banking Corporation Ltd dan meningkat pangkat kepada pengawai bank dalam masa lima tahun. Beliau bermula mengasaskan Public Bank Berhad pada tahun 1965 ketika berumur 35 tahun. Beliau dilantik sebagai Pengarah Public Bank pada 30 Disember 1965 dan telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank sejak permulaan operasinya perniagaan pada Ogos 1966.  Dari 1 Julai 2002, beliau dilantik semula sebagai Pengerusi Public Bank dan Pengerusi Kumpulan Public Bank dengan kesan. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Sumber Manusia Kumpulan.
            Pada masa ini, beliau merupakan Pengarah bagi Public Bank Bhd (Pengerusi),Public Investment Bank Bhd (Pengerusi), Public Mutual Bhd (Pengerusi), Public Islamic Bank Bhd (Pengerusi), Public Financial Holdings Ltd (Pengerusi), Public Bank (Hong Kong) Ltd (Pengerusi), Cambodian Public Bank Plc, Tong Meng Industries Ltd (Pengerusi), sebuah syarikat awam di Singapura dan beberapa syarikat subsidiari lain dari Kumpulan Public Bank.
                         Tan Sri Dato’ Seri Dr. The Hong Piow telah menerima pengiktirafan di dalam negara dan di peringkat antarabangsa bagi pencapaian cemerlang beliau sebagai juru bank dan Ketua Pengawai Eksekutif sebuah kumpulan perkhidmatan kewangan terkemuka. Pada tahun 2002, State Bank of Vietnam telah menganugerahkan Pingat ‘For the Course of Vietnamese Banking’ kepada Tan Sri Dato’ Seri Dr. The Hong Piow atas sumbangan beliau kepada industri  perbankan Vietnam selama ini. Beliau juga dikurniakan Anugerah Pengiktirafan Tahun 2007 oleh National Bank of Cambodia sebagai penghargaan terhadap pencapaian cemerlang dan sumbangan besar beliau kepada industri perbankan Kemboja. Pada tahun 1989, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Undang-undang (Kehormat) oleh Universiti Malaya sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada masyarakat dan ekonomi.
                  Pada tahun 2015, aset bersih Tan Sri Dato’ Seri Dr. The Hong Piow telah dianggarkan oleh Forbes sebanyak USD$5.4 billionRM19.5 billion, menjadikan beliau orang ke-5 terkaya di Malaysia.

6. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng

                  Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng (76 tahun) merupakan pengerusi eksekutif bagi IOI Corporation Bhd (Kumpulan IOI). Beliau berlahir pada 3 Jun 1939 dan membesar di bahagian utara Kuala Lumpur di dalam lading getah di mana bapanya membukakan sebuah kedai makanan cina. Beliau meninggalkan sekolah pada umur 11 tahun untuk membantu keluarganya dengan menjual ais krim di atas basikal selama 4 tahun sebelum beliau menyambung semula pelajarannya di sekolah menengah.
             Beliau memohon pekerjaan dengan syarikat ladang kelapa sawit sebagai supervisor tetapi permohonannya telah ditolak dengan alasan beliau tidak fasih berbahasa inggeris. Hal ini disebabkan pada masa itu kebanyakkan ladang-ladang kelapa sawit masih dimiliki oleh orang Eropah. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng yang hanya berusia 22 tahun tidak terhalang dengan penolakkan Dunlop Estate. Beliau kemudiannya memohon lagi pekerjaan di syarikat kelapa sawit lain sebagai supervisor dan telah diterima. Selepas lebih kurang 20 tahun, beliau telah berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk membeli Dunlop Estate. Beliau menyuarakan bahawa hari itu merupakan hari yang beliau paling gembira kerana dapat membeli Dunlop Estate daripada Multi-Purpose Holdings Bhd yang pernah menolakkan permohonan pekerjaan beliau.
                 Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng merupakan seoerang usahawan Malaysia yang terlibat secara mendalam dalam bidang perladangan. Beliau mula dilantik ke Lembaga Pengarah pada 21 Julai 1981.Beliau adalah pengasas Kumpulan IOI yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 28 Julai 1980. Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng yang telah mengasaskan perniagaan perladangan dan hartanah lebih daripada 25 tahun yang lalu sangat mementingkan dengan operasi Kumpulan IOI,  . Melalui kepimpinan beliau Kumpulan IOI telah berkembang sebagai salah satu kumpulan perladangan dan hartanah yang terkemuka di Malaysia. Sebagai Pengerusi Eksekutif, beliau mengawasi operasi setiap hari bagi memastikan kelancaran dan efektif bagi kumpulan .
              Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng telah dianugerahkan dengan  FIABCI Malaysia Property Man if the Year 2001 Award untuk menghargai sumbangan beliau dalam  bidang industri hartanah di Malaysia. Beliau telah dianugerahkan  oleh Universiti Putra Malaysia dengan Honorary Doctorate Degree in Agriculture pada bulan Februari 2002 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya kepada indurtri minyak sawit.
                   Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng juga berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Penasihat kepada KL & Dewan Perniagaan Cina Selangor Perdagangan dan Industri, Ahli Majlis Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), ahli Majlis Perniagaan Malaysia-China, Presiden Kehormat Persatuan Persatuan Eng Choon Malaysia dan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia.
Pada tahun 2015, aset bersih Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng telah dianggarkan oleh Forbes sebanyak USD$4.6 billionRM16.6 billion, menjadikan beliau orang ke-6 terkaya di Malaysia.

7. Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary

                Tan Sri Syed Mohktar dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar . Bapanya ialah Syed Nor Albukhary manakala ibunya ialah Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat. Beliau merupakan anak ketiga dan beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. Tan Sri Syed Mohktar diiktiraf sebagai usahawan Bumiputera yang tujuh terkaya di Malaysia oleh Majalah Malaysian Business dan orang yang 32 terkaya di Asia Tenggara oleh Forbes. Beliau mempunyai kekayaan sebanyak RM167 billion. Beliau memulakan persekolahannya pada usia 9 tahun dan mengakhirkan pendidikannya pada tingkatan lima.
              Selepas itu, beliau mula menceburi bidang penternakan secara kecil-kecilan dengan menjual daging dari pekan ke pekan di sekitar kawasan Alor Setar. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan beliau mengalihkan perniagaannya kepada perniagaan pengankutan. Beliau menggunakan lori-lori tersebut untuk memulakan perniagaan beras. Dengan itu, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Syarikat Shah untuk membekalkan beras kepada beberapa perusahaan iaitu FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn. Bhd. Selain daripada beras, beliau juga mencegah keperluan lain iaitu gula melalui Bukhary Sdn. Bhd.
                 Beliau kemudiannya menceburi lagi bidang yang baharu iaitu bidang pembuatan pakaian dan kasut yang berjenama Lee Coopers dan Lois dan Amtek Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan seorang usahawan yang amat meminati dalam  bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan. Hal in dapat dilihatkan dengan usahanya menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor (PTP)terkenal di seluruh dunia dalam masa yang amat singkat. Beliau telah menguasai sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. PTP yang diusahakan oleh Tan Sri Syed Mohktar telah menarik minat dan menyakinkan syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation untuk memindahkan seluruh operasi kontenanya dari Singapura ke Johor.
     Beliau juga mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad, Gardenia dan Johor Port Berhad. Beliau juga banyak menyumbangkan kepada masyarakat Malaysia dengan menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al-Bukhary,  Kompleks Al-Bukhary serta beberapa buah masjid di Negeri Sembilan, Alor Setar, Lapangan Terbang Senai, Johor serta di Jalan Pudu.
         Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary telah menjadi teladan yang baik kepada seluruh masyarakat di Malaysia untuk terus berusaha supaya menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa hadapan. Beliau mengatakan bahawa ‘Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha’.

  8. Tan Sri Yeoh Tiong Lay

                  Tan Sri Yeoh Tiong Lay dilahirkan pada 18 Disember 1929. Beliau mempunyai tujuh orang anak. Anak sulungnya ialah Francis Yeoh yang kini mengetuai YTL Corporation. YTL Corporation diasaskan oleh Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan ia merupakan konglomerat yang paling besar dan paling berjaya dalam pelbagai bidang seperti pembinaan, hotel, utiliti, pembangunan hartanah dan teknologi.
            Walaupun perniagaan utamanya adalah di Malaysia, beliau juga memgembangkan perniagaannya ke negara lain di Asia. Dengan usahanya, kini pelanggannya mencecah sebanyak 10 juta orag dan syarikatnya berjaya disenaraikan dalam bursa Malaysia pada 1985 di Kuala Lumpur. Bukan itu sahaja, beliau juga memainkan pernan yang penting dalam syarikat Wessex Water. Wassex Water merupakan operator pembekalan air dan kumbahan di United Kingdom.
                    YTL Coporation juga mempunyai beberapa subsidiari iaitu YTL Cement Berhad, YTL Land & Development Berhad dan YTL e-Solutions Berhad. YTL Corporation mempunyai sebanyak 65 peratus kepentingan dalam YTL Cement Berhad dan ia telah mengeluarkan dua jenis simen iaitu Simen Portland dan Simen Slag. YTL Corporation pula mempunyai 64 peratus kepentingan dalam YTL Land & Development Berhad. YTL Land & Development mempunyai reputasi yang baik dalam pembinaan rumah, pangsapuri serta kondominium yang berkualiti dengan reka bentuk yang kreatif dan inovatif. Di samping itu, YTL Coporation mempunyai 74 peratus kepentingan dalam YTL e-Solutions Berhad. YTL e-Solutions Berhad ialah satu sektor yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan perniagaan elektronik.
              Kejayaannya menjadi teladan kepada rakyat Malaysia supaya berusaha untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu masa nanti. Beliau telah memberi inisiatif yang tinggi kepada masyarakat Malaysia. Oleh itu, kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Yeoh Tiong Lay untuk meberi sumbangan terhadap ekonomi di negara kita.

9. Tan Sri Datuk Tiong Hiew King

    Mengikut senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang diterbitkan oleh Forbes pada tahun 2015 ini, Tan Sri Tiong Hiew King berada di tempat ke-11 dengan jumlah nilai kekayaan $1.4 Billion. Tiong Hiew King dilahirkan dalam sebuah keluarga miskin di Sarawak, Malaysia pada tahun 1935. Ketika remaja, beliau terpaksa menoreh getah untuk menyara keluarganya yang miskin. Beliau menamatkan pengajian di Sekolah Cheng Utama di Sibu, dan kemudian Methodist High School dan Sacred Heart High School. Akhir sekali, beliau menamatkan pengajian di Xiamen University.
  Beliau sekarang berumur 80 tahun dan mempunyai 4orang anak. Beliau telah    dilantik sebagai Senator Parlimen Malaysia dari 1985 hingga 1991, dan telah dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh Gabenor Sarawak pada tahun 1990. Seterusnya, beliau telah dianugerahkan gelaran "Tan Sri" oleh Raja Malaysia pada bulan Jun, 1999. Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King menubuhkan Rimbunan Hijau pada tahun 1975. Beliau ialah pemilik asal dan pengerusi Rimbunan Hijau Group, sebuah syarikat pembalakan.
  Pada masa ini, Rimbunan Hijau Group, di bawah kepimpinan Tan Sri Datuk Sir   Tiong Hiew King, telah berkembang menjadi salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar papan lapis Malaysia. Kini, operasi pembalakan beliau juga berjalan di Papua New Guinea. Pada masa yang sama, beliau juga mempunyai kepentingan dalam operasi pembalakan di Rusia. Tiong Toh Siong Holdings merupakan syarikan pengeksport balak milik keluarga beliau di Sarawak.
  Di samping itu, Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King juga aktif dalam bidang media. Beliau memiliki dan mengawal akhbar Sin Chew Daily dan akhbar Guang Ming Daily. Dua akhbar ini merupakan akhbar utama major bahasa Cina di Malaysia dan China. Visi, Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King ialah membawa kumpulan media bahasa Cina beliau dari peringkat tempatan ke seluruh dunia dan dari cetak ke multimedia. Perkembangan teknologi dan penularan fenomena turut mendesak akhbar-akhbar Mandarin menerbitkan versi online mereka seperti Guang Ming Daily. Beliau juga mendahului dalam meletakkan kandungan berita di telefon bimbit.
  Di bawah kepimpinan beliau yang dinamik, Sin Chew Daily hari ini telah muncul sebagai bahasa Cina terbesar di negara ini setiap hari. Pada tahun 2004, Sin Chew Daily dan Guang Ming Daily membentuk Sin Chew Media Corporation Berhad, dan entiti baru telah berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.
 Aset yang paling berharga adalah Oregon Group milik persendirian, yang berpangkalan di New Zealand dan membina pembangunan perumahan dan hotel, tuaian salmon, mengeluarkan bekas plastik dan kayu balak.Selain daripada eksport kayu dan pemprosesan kayu, perniagaannya juga telah berkembang kepada media dan penerbitan, pertanian (ladang dan kilang kelapa sawit), minyak dan gas, perlombongan, akuakultur, penanaman semula hutan, kewangan, teknologi maklumat, perdagangan dan pembangunan hartanah.
  Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King, 80 tahun, telah dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Syarikat pada April 2012. Beliau merupakan Pengerusi Media Cina, syarikat induk Syarikat yang disenaraikan di Bursa pertukaran dan Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Malaysia"), sejak Oktober 1995. Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King kini berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Rimbunan Sawit Berhad, sebuah syarikat yang disenaraikan di Malaysia dan Pengerusi Eksekutif RH Petrogas Limited, sebuah syarikat yang disenaraikan di Singapura.
             Pada tahun 2010, YBhg. Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King telah dianugerahkan "Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia 2010 - Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" oleh Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur Perniagaan mengiktiraf pencapaian keusahawanan dan sumbangan kepada negara.

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

    Mengikut senarai 50 orang terkaya di Malaysia yang diterbitkan oleh Forbes pada tahun 2015 ini, Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun berada di tempat ke-14 dengan jumlah nilai kekayaan $1.2 Billion. Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun dilahirkan pada tahun 1952 dari Batu Pahat, Johor.  Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan pelabur Malaysia.Menurut satu temu bual Forbes dengan Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan Chee Yioun, beliau berkata bahawa beliau adalah bermula dari sebuah keluarga miskin. Kini, beliau berumur 63 tahun dan mempunyai 11 orang anak.
  Beliau adalah pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group.  Syarikat utama beliau ialah Berjaya Group.Antara jenama-jenama di bawah Berjaya Group seperti Starbucks dan Krispy Kreme. The Berjaya Group telah ditubuhkan pada tahun 1984  .Berjaya Kawat Berhad daripada pengasasnya iaitu, BHP Ltd, Australia dan National Iron & Steel Mills, Singapura.Dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan, syarikat ini boleh dikatakan paling maju dengan jenama seperti Cosway, 7-Eleven,Starbucks,Wendy’s, Kenny Rogers Roasters, Krispy Kreme Papa John dan Umobile.
  Beliau juga merupakan pemilik Cardiff City F.c  Beliau menguasai saham dalam pasukan bolasepak antara yang terkemuka dalam English Premier League, iaitu Cardiff City Football Club. Beliau juga Pemilik FK Sarajevo.  Tan Sri Vincent Tan juga merupakan pemegang saham majoriti dalam Wales Cardiff City Football Club (yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris) dan juga Bosnia Football Club Sarajevo (salah satu kelab paling berjaya di negara ini).
  Pada tahun 1982, beliau telah membeli cawangan iaitu francais Mc Donald Malaysia. Manakala pada tahun 1985, beliau membeli Sports Toto apabila agensi loteri itu telah diswastakan oleh kerajaan.Beliau juga merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad yang turut  terlibat dalam pelbagai perniagaan. Permotoran, golf, hartanah, pusat peranginan dan perjudian upakan antara yang bernaung di bawah paying Kumpulan Berjaya. Beliau menyenaraikan rantaian runcit beliau 7-Eleven Malaysia pada Mei 2014. Pegangan terbesar beliau adalah pegangan 23.4% dalam telekom tempatan U Mobile.
  Selepas krisis ekonomi pada tahun 2008, Tan Sri Dato 'Seri Vincent Tan telah membeli laman rangkaian sosial Friendster dan dijual ke Facebook pada tahun 2010. Ini membolehkan Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan meningkatkan hartanya kepada $ 500 juta.
Perniagaan  Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan  terdiri daripada pelbagai termasuk pemasaran pengguna & jualan langsung, perkhidmatan kewangan, pelaburan hartanah dan pembangunan, hotel & resort dan pembangunan rekreasi, permainan & loteri pengurusan, makanan & minuman, pembangunan tapak pelupusan sanitari, perkhidmatan alam sekitar dan teknologi bersih dan pengedaran motor & pemasangan, perniagaan berkait-internet, utiliti air, media, runcit, telekomunikasi dan kelab bola sepak. Ini termasuklah hartanah dan pembinaan, percutian, pendidikan, insurans, pemegangan pelaburan, dan sebagainya..
  Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan dianugerahkan 'Usahawan Brandlaureate Terbaik'  untuk edisi 2009-2010. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu Datuk Seri Idris Jala. Anugerah The Brandlaureate merupakan satu anugerah jenama berprestij yang penting bagi syarikat di Malaysia dan Asia Pasifik yang mengiktiraf kecemerlangan jenama syarikat di peringkat antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat penyenaraian awam.

11. Datuk Shahril & Datuk Shahriman Shamsuddin


            Antara usahawan yang dinyatakan adalah Datuk Shahril Shamsuddin & Datuk Shahriman Shamsuddin. Mereka merupakan usahawan yang ke 11 terkaya di Malaysia daripada 15 usahawan yang lain. Mereka mencatatkan jumlah kekayaan sebanyak RM4.7 billion melalui pegangan mereka di dalam Sapura Group. Sapura Group merupakan bisnes keluarga dan mempunyai beberapa pegangan di dalam syarikat seperti Sapura Kencana Petroleum yang masing-masing memegang 48% pegangan saham di dalam syarikat Sapura Holdings.
           SapuraKencana merupakan pembekal perkhidmatan minyak dan gas terbesar di Malaysia dan EPCIC (syarikat kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan) kelima terbesar di dunia berdasarkan pemilikan aset. Syarikat ini mempunyai 9,000 pekerja di lebih 20 negara, termasuk Malaysia, Thailand, Australia, Brazil dan Amerika. Berikut merupakan latar belakang mereka dalam bidang ini. Datuk Shahril Shamsuddin berusia 52 tahun. Beliau memegang Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi dari Massachusetts Institute of Technology (MIT) Sloan School of Management dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Perindustrian dari California Polytechnic State University.
              Beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Presiden Sapura Kencana Petroleum Berhad sejak 18 mei 2011. Selain itu, beliau juga menjadi Presiden di Sapura Industrial Berhad sejak tahun 1997. Bukan itu sahaja, beliau merupakan Pengarah Urusan Sapura Technology Bhd sejak 29 November 2002. Datuk Shahriman Shamsuddin berusia 46 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sapura Kencana Petroleum pada 9 Disember 2011. Dato Shahriman memulakan kerjayanya dengan Sapura Group pada tahun 1991 dan memegang beberapa jawatan kanan. 
          Beliau menguruskan portfolio kumpulan yang merangkumi pelaburan hartanah, penerbangan perniagaan dan pendidikan. Datuk Shahriman kini merupakan Pengarah Urusan Sapura Resources Berhad. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Sapura Industrial Berhad dan Sapura Holdings Sdn Bhd. Dato Shahriman menerima Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Perniagaan dari Warwick University, UK dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Industri dari Purdue University, Amerika Syarikat.

12. Dato’Tan Heng Chew
            Dato’Tan Heng Chew & Family merupakan usahawan terkaya yang berada di tempat ke 12 daripada 15 usahawan terkaya di Malaysia. Beliau berumur 68 tahun. Beliau menetap di Kuala Lumpur. Dato’Tan Heng Chew mempunyai 4 orang anak dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan,Universiti New South Wales dan Master, University of Newcastle. Dato’Tan heng Chew merupakan Pengerusi Eksekutif dan pemilik Tan Chong Motor Holdings. Allahyarham bapanya, Tan Yuet Foh, mula mengedarkan kereta pada tahun 1957;
            Syarikat beliau kini memasang dan membuat kereta, menjual jentera berat dan pengedar Nissan dan Renault. Beliau dan keluarga mencatatkan jumlah kekayaan sebanyak RM 4.35 billion.pada tahun 2014.Walaubagaimanapun, beliau pernah mengalami kerugian sebanyak $300 juta akibat lebihan bekalan dalam pasaran kerata di rantau ini. Sikap tidak berputus asa beliau dan keluarga membuahkan hasil apabila mereka tersenarai antara yang terkaya di Malaysia.

13. Tan Sri Dato’ Surin Upatkoon
             Tan Sri Dato’ Surin Upatkoon, a Thai National, aged 66, was appointed as a Director of the Company on 17 July 2012 and as Managing Director of the Company on 14 May 2013. Tan Sri Dato’ Surin is also a member of Remuneration Committee of the Company.

              Tan Sri Dato’ Surin completed his secondary education in Han Chiang High School, Penang in 1970. He began his career with MWE Weaving Mills Sdn Bhd in 1971 as a manager and he was appointed as the Managing Director of MWE Spinning Mills Sdn Bhd in 1974 where he was in charge of its daily operations. In 1976, he became an Executive Director of MWE Holdings Berhad. Subsequently, in 1979, he was appointed as the Managing Director of MWE Weaving Mills Sdn Bhd. In 2000, he was appointed as an Executive Director of Magnum Berhad (formerly known as Multi-Purpose Holdings Berhad) (“Magnum”) and subsequently, in 2002, he was appointed as the Managing Director of Magnum where he played a major role in formulating the business strategies and direction of the Magnum Group and was actively involved in the policy making aspects of the operations of the Magnum Group. He was re-designated as Non-Independent Non-Executive Chairman of Magnum on 26 June 2013.
                   Tan Sri Dato’ Surin Upatkoon is responsible for developing and implementing the strategic vision for the growth and expansion of MPHB Capital Group, and ensuring effective control of the general management and operations of the MPHB Capital Group. He has vast working experience in formulating the business strategies/direction as well as in policy making aspects of the business operations of the MWE Group and Magnum Group.
Tan Sri Dato’ Surin also sits on the Board of MWE Holdings Berhad, Multi-Purpose Capital Holdings Berhad, Magnum 4D Berhad, Mimaland Berhad and several private limited companies in Malaysia. He is also a Trustee of Chang Ming Thien Foundation and Magnum Foundation. Dato’ Surin is the Chairman of Magnum Corporation Sdn Bhd (MCSB) which operates and manages a licensed four digit numbers forecast betting game in Malaysia. He is also the Chairman of Magnum 4D Berhad (M4DB), which is the sole agent of Magnum Corporation Sdn Bhd.
               Dato’ Surin is a major shareholder in MWE Holdings Berhad, a public listed company on the main board of Bursa Malaysia Securities Berhad. MWE Holdings Berhad is the holding company for the MWE Group of Companies involved in the textile and electronic industries. Dato’ Surin also holds directorship in Philippine Racing Club, Inc., (PRCI) a listed on the Philippine Stock Exchange. PRCI primarily engage in the business of operating and maintaining the Santa Ana Park, a racetrack located in Makati City, and managing betting stations located within Metro Manila and other parts of the country.
                  Dato’ Surin is a shareholder of Kularb Kaew Company Limited in partnership with Temasek Holdings (Pte) Ltd. Kularb Kaew Company Limited holds 46% shares in Shin Corporation Public Company Limited, a public listed company in Thailand. Shin Corporation has holdings in many businesses in the wireless telecommunications, transportation, finance and media sectors. Dato’ Surin is actively involved in community services for the benefit of education and charity. He is a Trustee of the Chang Ming Thien Foundation and Magnum Foundation, a Director of Kuen Cheng Girls’ High School in Kuala Lumpur and a Director of Han Chiang College in Penang.

没有评论:

发表评论