UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
ACADEMIC
YEAR 2015/2016 (A151)
COURSE
CODE: SADE1013
COURSE:
INTRODUCTION TO ENTERPRENEURSHIP
GROUP:
S
GROUP
ASSIGNMENT:
INSTITUSI
MALAYSIA YANG MENYOKONG PERUSAHAAN KECIL
GROUP
MEMBERS
NO
|
NAME
|
MATRIC NO
|
1.
|
CHEW JIN WEN
|
240259
|
2.
|
SANDRA TEO CHEW TI
|
239810
|
3.
|
TEOH HUI YING
|
238543
|
4.
|
AHMAD MUIZZUDIN BIN AHMAD SHUHAIMEE
|
239840
|
5.
|
BALQIS BINTI ABD BASIR
|
239875
|
6.
|
NOR ASHIKIN BINTI ABD RAHMAN
|
240306
|
7.
|
UMAWATHI A/P KISNAN
|
239790
|
COURSE
INSTRUCTOR: DR. DONNY ABDUL LATIEF POESPOWIDJOJO
Institusi
Malaysia yang Menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Seperti yang sedia maklum, 80% perniagaan tempatan
merupakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini telah menunjukkan betapa
pentingnya PKS dalam negara Malaysia. PKS telah memberi banyak sumbangan kepada
ekonomi seperti mengurangkan pengangguran. Antara peranan PKS adalah menjadi
teras proses perindustrian negara, meningkatkan daya saing negara dan menjadi
penyokong kepada pembangunan sektor perindustrian.
Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi yang menyokong
bidang keusahawanan. Institusi ini dapat memberi sokongan dan galakan kepada
usahawan untuk memulakan perniagaan.
Antara institusi yang menyokong bidang keusahawanan di Malaysia adalah
SIRIM, Bank SME, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD),
Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Bank Rakyat dan sebagainya.
1.
SIRIM
SIRIM Berhad dikenali sebagai Institut Piawaian
dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia, merupakan organisasi korporat
yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Organisasi ini diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi
organisasi kebangsaan bagi standard dan kualiti selain sebagai penggalak
kecemerlangan teknologi dalam industri Malaysia. Ibu pejabat SIRIM
terletak di Shah Alam, Selangor. Organisasi ini
berkuatkuasa pada 1 September 1996 dan telah diperbadankan sebagai SIRIM
Berhad. SIRIM Berhad telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat yang
mempunyai segala hak, keistimewaan dan kewajipan SIRIM.
Antara peranan SIRIM ialah:
- Meningkatkan kecekapan serta pembangunan industri.
- Menyediakan perkhidmatan pemindahan teknologi dan perundingan.
- Meningkatkan piawaian Malaysia serta menggalakkan penstandardan dan jaminan kualiti untuk persaingan yang lebih besar.
- Menjamin kesejahteraan masyarakat, industri, kesihatan dan keselamatan.
2.
Bank
SME
Kerajaan melalui agensi dan kementeriannya telah
menyediakan bantuan kewangan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah (dana).
Projek yang layak dibiayai adalah dalam bidang pemasaran, pembangunan
teknologi, menerima pakai ICT dan peningkatan kemahiran. Dalam bidang
pemasaran, geran yang diberikan oleh kerajaan membolehkan PKS membuat kajian
pasaran, mengambil bahagian dalam pameran dagangan antarabangsa dan melantik
profesional untuk membantu menyediakan strategi pemasaran. Oleh itu, kerajaan
telah melakukan inisiatif dengan menubuhkan Bank SME (Small Medium Enterprise).
Bank SME ini mula beroperasi pada 3 Oktober 2005, yang kini
mempunyai beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai 19 cawangan di seluruh
negara. Bank ini ditubuhkan dengan matlamat membangunkan industri PKS
serta menyokong pembangunan sektor PKS
di Malaysia.
Dalam usaha Bank SME menyediakan perkhidmatan yang
menyeluruh untuk membantu perkembangan perniagaan PKS, Bank SME telah
menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta
dengan beberapa institusi-institusi kewangan. Antara rakan strategik Bank SME
pada masa ini adalah SME Corp. Malaysia, Pusat Produktiviti Malaysia (MPC) dan
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Justeru bagi produk dan perkhidmatan yang tidak
disediakan oleh Bank SME atau produk-produk yang perlu disediakan secara
bersama, para pelangggan akan dirujuk dan disalurkan kepada rakan straregik
Bank SME. Secara tidak langsung ianya dapat memudahkan pelanggan dan juga para
pengusaha PKS.
Antara peranan Bank SME ialah:
- Menawarkan perkhidmatan kewangan secara terbuka kepada usahawan PKS dari pelbagai sektor pembuatan dan perkhidmatan seperti pembiayaan, pajakan, pembiayaan kontrak dan jaminan bank .
- Menawarkan tempoh bayar balik yang lebih panjang kepada PKS dan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah bagi pinjaman yang diberikan kepada PKS di samping juga memberi nasihat perniagaan kepada pengusaha PKS.
- Berfungsi sebagai pembimbing dan memenuhi permintaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) denagn memberikan bantuan kewangan dan sebagai pembangunan perniagaan yang diharapkan dapat membantu usahawan tersebut.
- Berfungsi sebagai pusat kewangan dan pusat pembiayaan sehenti serta pembangunan perniagaan untuk pembiayaan keperluan pembangunan PKS di Malaysia.
3.
Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi (MECD) adalah suatu kementerian yang ditubuhkan di bawah kerajaan
Malaysia (2004-2009) yang bertindak sebagai agensi yang menyokong pembangunan
usahawan-usahawan di negara kita.
Sejarah tertubuhnya Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) adalah pada tahun 1974 , iaitu Kementerian Penyelarasan Perbadanan
Awam (KPPA) yang kemudiannya diubahsuai namanya menjadi Kementerian Perusahaan
Awam (KPA) pada tahun 1976. Pada masa itu, KPA berperanan memantau
agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar
(UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Pada 27 Mac 2004 nama
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) telah digunapakai. Selain
MARA dan UDA, antara agensi lain yang diletakkan di bawah MECD adalah Bank
Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Walaubagaimanapun, pada MECD telah
dibubarkan pada 9 April 2009.
Antara peranan MECD ialah:
- Merancang, menyelaras, melaksana dan juga memantau segala program pembangunan usahawan yang merangkumi pelbagai aktiviti bagi memperluas dan meningkatkan jumlah penglibatan golongan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
- Mengenalpasti dan membangunkan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi untuk disertai oleh usahawan. Sebagai contoh, bagi peluang perniagaan kecil dan sederhana dibuka kepada golongan yang tinggal di luar bandar kerana perniagaan ini dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling dan juga usahawan.
- Mewujudkan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan, institusi penyelidikan serta pihak swasta yang meliputi bidang kajian dan pembangunan (R&D), pemantauan kualiti, piawaian, pengurusan, pemindahan teknologi dan pemasaran untuk membangunkan golongan usahawan di Malaysia.
4.
Kementerian
Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)
Pada tahun 1973, kementerian ini telah ditubuhkan sebagai
Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan yang berkaitan dengan
isu-isu alam sekitar. Nama kementerian ini telah ditukar kepada Kementerian
Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1976. Pada 27 Mac 2004, Jemaah
Menteri telah bersetuju dengan penstrukturan semula MOSTE, oleh itu nama
kementerian terus bertukar kepada MOSTI bagi mengendalikan fungsi pembangunan
tersebut. Pada tahun 2007, fungsi sains dan teknologi telah dipecahkan mengikut
kluster, seperti contoh ICT, Bioteknologi, Teras Sains dan Teknologi dan
sebagainya.
Misi MOSTI adalah untuk mencipta sebuah kawasan persekitaran yang
mempunyai kemampuan untuk kemajuan dalam bidang sains dan teknologi seterusnya
membina ilmu pengetahuan yang mewah dan meningkatkan kualiti hidup manusia
melalui pembangunan lestari.
Antara peranan MOSTI ialah:
- Memajukan dan menyelaraskan semua sumber sains dan teknologi yang sedia ada dan seterusnya mengambil pendekatan bagi membolehkan Negara sebagai pengeluar teknologi.
- MOSTI juga memainkan peranan yang penting dalam memperluaskan inovasi dalam kalangan masyarakat. Untuk memastikan keberhasilannya, sesuatu produk yang dihasilkan perlu ada nilai-nilai komersil yang tinggi.
- MOSTI juga perlu memastikan produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh para usahawan mencukupi untuk bersedia menghadapkan dengan pelbagai cabaran serta berani mengambil risiko demi kejayaan produk inovasi tersebut.
- Memberi tumpuan yang tinggi dalam penyelidikan terhadap produk-produk elektronik dengan mempunyai potensi pasaran yang tinggi dalam golongan generasi muda.
- Membangunkan modal insane dalam STI ke arah menjana dan meningkatkan pendapatan Negara berasaskan pengetahuan modal inovasi.
5. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis
Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian
Pembangunan Usahawan Malaysia. Institusi ini dibentuk pada1 Mac 1966 di
bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun dan autonomi.
Visi korporat
ialah menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat
martabat bangsa. Misi korporat ialah menerajui bidang keusahawanan, pendidikan
dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera.
Objektif MARA
ialah membangunkan
usahawan Berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti,
menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan memudahkan system penyampaian.
Peranan MARA dalam
pendidikan Malaysia:
- Penawaran kemudahan biasiswa dan biasiswa pinjaman kepada masyarakat Bumiputera untuk menyambungkan pelajaran mereka di peringkat institusi pengajian tinggi.
- Penubuhan institusi-institusi pendidikan kepada masyarakat Bumiputera seperti Maktab Rendah Sains MARA(MRSM), Kolej MARA, Kolej Profesional MARA (KPM), Universiti Teknologi MARA(UiTM) dan sebagainya bagi masyarakat Bumiputera mencapai taraf pendidikan mereka.
Peranan MARA dalam
perusahaan dan perniagaan Malaysia:
- Penyediaan latihan kemahiran kepada masyarakat Bumiputera untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan dalam perniagaan dan perusahaan.
- Pemberian bantuan pinjaman kewangan atau pembiayaan seperti Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP), Skim Pembiayaan Komersial, Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM) kepada usahawan-usahawan masyarakat Bumiputera yang berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada atau membuka perniagaan baru.
6. Perbadanan
Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
Perbadanan Usahawan
Nasional Berhad (PUNB) adalah badan pembangunan usahawan terunggul di Malaysia.
PUNB ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 pada 17 Julai 1991.
Visi PUNB ialah menjadi
pusat kecemerlangan terulung dalam pembangunan keusahawanan. Misi PUNB ialah
Menyediakan peluang kepada usahawan Bumiputera mencapai kejayaan dalam
perniagaan melalui sokongan kewangan dan korporat.
Objektif PUNB ialah
menambah jumlah dan meningkat kualiti usahawan Bumiputera dalam sector industry
dan komersil, menggalakkan pembentukan usahawan Bumiputera yang berdaya tahan
di dalam industri strategik, menyalurkan budaya keusahawanan di kalangan
usahawan Bumiputera dan melengkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Antara peranan PUNB
ialah:
- Membangun usahawan Bumiputera dalam perniagaan strategik dan berpotensi tinggi selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
- Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan dan progresif.
- Menjadi nadi penggerak untuk membangun usahawan Bumiputera tulen yang professional dan beretika tinggi dimana penglibatan dan sumbangan mereka penting kepada pembangunan ekonomi negara.
- Penawaran pakej pembangunan keusahawanan bersepadu untuk membantu usahawan Bumiputera dalam bidang Peruncitan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memantapkan perniagaan, mengekalkan keuntungan dan membentuk perniagaan mereka ke arah kecemerlangan.
7 7.
Bank Rakyat
Pada 28 September 1954,
Bank Rakyat telah ditubuhkan. Ia merupakan bank Islam yang terbesar di Malaysia
dengan aset sebanyak RM89.18 billion pada akhir tahun Disember 2014. Bank Rakyat mempunyai beberapa
perkhidmatan seperti perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan
pelaburan serta produk perancangan kewangan untuk memenuhi keperluan pelbagai
pelanggan hari ini.
Peranan bank rakyat
terhadap PKS ialah:
- Bank rakyat telah menyediakan pelbagai jenis dana dan pembiayaan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana untuk terus mengembang, meneruskan dan menigkatkan perniagaan masing-masing.
- Pembiayaan pertama ialah Pembiayaan Harta-i Membiayai pembelian premis perniagaan iaitu margin pembiayaan sehingga 80%, pegunaan konsep Bai` Inah dan tempoh pembiayaan sehingga 15 tahun.
- Pembiayaan kedua ialah PembiayaanPenyambung-i membiayai pembelian tanah dan pembangunan projek iaitu pembiayaan pembelian tanah sehingga 80%, pembiayaan kos pembangunan projek sehingga 60% daripada jumlah kasar kos pembangunan termasuk kos pembelian tanah;pembiayaan sehingga 40% daripada jumlah kasar kos pembangunan tidak termasuk kos pembelian tanah, pengunaan Bai` Inah dan tempoh pembiayaan mengikut tempoh projek.
- Pembiayaan Ketiga ialah PembiayaanProjek/Kontraki membiayai kontrak yang dianugerahkan oleh kerajaan dan syarikat berkaitan iaitu pembiayaan sehingga 80% daripada jumlah, penyerahan hak hasil, pengunaan konsep Bai` Inah dan tempoh maksimum mengikut tempoh kontrak.
- Pembiayaan keempat ialah Pembiayaan Modal Kerja-i membiayai iaitu pengunaan konsep Bai` Inah dan tempoh pusingan bergantung kepada kitaran modal kerja.
- Pembiayaan kelima ialah Pembiayaan Berjangka-i membiayai keperluan modal kerja dan asset bagi iaitu pengunaan konsep Bai` Inah, pembayaran tetap dan tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
没有评论:
发表评论