2015年10月26日星期一

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

ACADEMIC YEAR 2015/2016 (A151)
COURSE CODE: SADE1013
COURSE: INTRODUCTION TO ENTERPRENEURSHIP
GROUP: S
GROUP ASSIGNMENT:
Analisis Video Kejayaan Pocari Sweat

GROUP MEMBERS
NO
NAME
MATRIC NO
1.
CHEW JIN WEN
240259
2.
SANDRA TEO CHEW TI
239810
3.
TEOH HUI YING
238543
4.
AHMAD MUIZZUDIN BIN AHMAD SHUHAIMEE
239840
5.
BALQIS BINTI ABD BASIR
239875
6.
NOR ASHIKIN BINTI ABD RAHMAN
240306
7.
UMAWATHI A/P KISNAN
239790

COURSE INSTRUCTOR: DR. DONNY ABDUL LATIEF POESPOWIDJOJO



Group Assignment 2

Analisis Video Kejayaan Pocari Sweat.
Ciri-ciri Pengarah Otsuka Pharmaceutical serta anak buahnya yang membawa kepada kegemilangan Pocari Sweat.
Pocari Sweat merupakan sejenis minuman kesihatan yang dihasilkan oleh Syarikat Otsuka Pharmaceutical kepada penduduk Jepun.Berikut merupakan ciri-ciri pengarah serta anak buahnya dalam mengendalikan syarikat ini:
 1.    Kreatif dan Inovatif.
-         Kemampuan menghasilkan idea dan konsep baru serta dapat diterjemahkan kepada        produk yang boleh dikormersialkan. Mereka yang mempunyai ciri ini sememangnya  mempunyai banyak idea, unik dan dapat menghasilkan produk baru. Agihiko (38 Tahun),  Pengarah Otsuka Pharmaceutical mempunyai idea untuk menghasilkan produk baru dalam  bidang perubatan setelah memandangkan kejayaan ayahnya. Beliau mempunyai idea  untuk menciptakan minuman kesihatan khususnya untuk mereka yang aktif bersukan dan  aktif membuat kerja berat. Hal ini demikian kerana apabila kita berpeluh, diri kita perlu  minuman yang dapat menghilangkan dahaga selain menggantikan cairan tubuh yang  hilang.

 2.    Mengambil inisiatif dan tanggungjawab diri.
-             Merujuk kepada tabiat pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa dipaksa. Mereka  akan bertanggungjawab terhadap sikap, tingkahlaku dan perbuatan masing-masing.  Contohnya, staf Otsuka Pharmaceutical bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas    yang diamanahkan oleh pengarahnya. Takaichi, seorang peneliti muda mempunyai inisiatif  untuk menciptakan air minuman kesihatan yang diinginkan oleh Agihiko.Takaichi tekun  membuat ujikaji sauna bagi mendapatkan sample peluh dan sample itu pula dibawa ke  makmal untuk dianalisis bagi menghasilkan kadar gula dalam minuman berada di bawah    paras 10%.

  3. Berani mengambil risiko
-    Bersedia untuk menghadapi sebarang kerugian dalam sesuatu perniagaan. Secara teori, semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya. Agihiko, Pengarah Otsuka Pharmaceutical berani mengambil risiko untuk menjual Pocari Sweat kepada orang ramai walaupun mendapat banyak tanggapan negatif terhadap produk ini daripada pelanggan. Beliau telah mengalami kerugian yang besar pada awal pengenalan produk pocari sweat tetapi beliau sanggup mengambil risiko lagi dengan mengedarkan produk pocari sweat secara percuma dan dalam jumlah tidak terbatas agar dapat diminum oleh setiap orang dan di setiap tempat.

  4.  Dapat melihat dan merebut peluang.
-      Sesebuah syarikat perlu bijak dalam mencari dan merebut peluang dalam penghasilan dan  pemasaran produk syarikatnya. Walaupun Encik Harima mencadangkan penghasilan  minuman kesihatan pada masa yang agak awal, namun Agihiko, Pengarah Otsuka  Pharmaceutical menolaknya kerana beliau menganggap pada masa itu bukanlah masa  yang sesuai untuk penghasilan produk tersebut. Setelah 3 tahun, Agihiko memanggil  semula Encik Harima dan anak buahnya untuk menyatakan hasratnya yang serius  memandangkan sukan jogging sudah mulai popular pada saat itu. Hal ini menunjukkan  bahawa Agihiko sangat pandai melihat dan merebut peluang yang terdapat di sekeliling  persekitaran perniagaan.

   5.   Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan
-        Ciri-ciri ini merupakan personality usahawanan yang amat penting dalam pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan. Takaichi, seorang peneliti muda di Otsuka Pharmaceutical telah menunjukkan ciri-ciri di atas. Beliau tidak mengenal erti berputus asa malah terus cuba mencari solusi untuk menghilangkan rasa pahit minuman yang beliau ciptakan. Walaupun hampir 3 tahun kajian yang dijalankan dan telah menghasilkan hampir 1000 jenis minuman, namun beliau masih tidak berputus asa dan terus menerus mencuba. Beliau mencampurkan beberapa jenis limau untuk mengurangkan rasa pahit dalam minuman yang telah beliau hasilkan sebelum ini dan akhirnya beliau dapat menghasilkan dua jenis minuman dengan kadar gula yang di bawah 10% iaitu 6.2% dan 7.0% untuk uji cuba pada tahap akhir.

Rujukan

·         Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli Mohd Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Ahmad Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Shukri Bakar, Shiza Sa’atar, Lily Julienti Abu Bakar & Habshah Bakar (2010). Prinsip-prinsip Keusahaan (2nd ed.).

1 条评论: